BadaiPastiBerlalu
    <description>BadaiPastiBerlalu</description>
BPB_50 :: END ::
      <description>:: Aku Adalah Aku, Aku Adalah AkuMU ::
Aku adalah aku
gadis biasa yang bukan siapa-siapa
Dulu, perasaanku sayu, hatiku pilu
jasadku, jiwaku tidak pernah bersatu
Namun, aku pasrah...
aku bukan anugerah yang terindah
Sedar hidup tidak selalu indah
lalu aku hanya mampu berserah
Ismail, 
aku adalah aku
aku adalah akuMu...
Aku adalah akumu
lelaki yang kecewa kerana cinta
Kini, jasadku bangkit, hatiku ghairah kilauan permata
aku memburu walau silau menyukarkan
Namun, akhirnya...
aku tersenyum dengan satu anugerah
Hidup ini ternyata indah
kerana aku tidak pernah mengalah
Iman,
aku... (more)</description>
BPB_49 :: BERAKHIRNYA SEBUAH DUKA ::
      <description>Matanya leka memerhati keindahan lautan yang terbentang, bebuih ombak yang memutih. Kepalanya lentok elok di atas bahu sasa itu, jemarinya mengait mesra jemari kasar itu. Kakinya menguis memainkan pasir pantai. Mindanya memainkan kembali kejadian sebentar yang lalu. Sesekali bibirnya mengukir senyuman, sesekali juga wajahnya merona merah menzahirkan betapa malunya tatkala teringatkan perlakuan dan tutur kasarnya terhadap lelaki itu. Tapi, kejadian itu semua bukan juga salah dirinya seorang, apa yang pasti lelaki itulah puncanya. Tapi, takdir dan keadaan juga sudah menentukan perjalanan cerita... (more)</description>
BPB_48 :: GURISAN DUKA LARA ::
      <description>Iman duduk bungkam di atas kerusinya. Bilik pejabat yang kecil ini terasa begitu sempit dengan kehadiran sebatang tubuh sasa milik lelaki itu. Jam di tangan hampir ke pukul 4.30pm! Lain orang yang ingin dijumpa lain pulak yang menjengukkan muka, betul-betul memberantakkan rancangannya. Entah mengapa Iman terasa bahang di mana-mana. Penghawa dingin yang terpasang tidak langsung menyejukkan suhu badannya. Sesekali Iman menjeling pintu bilik pejabatnya yang terkunci rapat. Ingin saja Iman segera meloloskan dirinya keluar dari keadaan yang ternyata sesak ini.
Ismail memerhatikan wajah... (more)</description>
BPB_47 :: DEKAT PADAMU ::
      <description>Sementara menantikan masuknya waktu solat isya' Iman mengambil kesempatan untuk menghantar SMS kepada Amira. Untuk menelepon dia berasa sedikit janggal, rongganya tersekat, pasti suaranya kaku. Iman ingin memohon maaf kerana pamit tanpa memberitahu gadis itu semalam. Pasti Amira terasa hati, Sufi dan Fahmi juga mesti tertanya-tanya akan ketiadaan dirinya namun, bukan kehendaknya bertindak melulu begitu. Entah mengapa, dia tidak dikurniakan kekuatan untuk berada lebih lama di majlis itu.
Lima minit berlalu namun masih belum ada balasan dari Amira. Iman sedikit cuak, mungkinkah gadis itu... (more)</description>
BPB_46 :: KIRANYA KU TAHU ::
      <description>"Aina, Aina tak apa-apa, kan? Kalau Aina lapar, Aina keluar ya sayang. Ibu ada masak gulai sembilang ni, Aina pasti suka, kan?"
Panggilan dan pujukkan ibunya sedari tadi langsung tidak diendahkan. Iman lebih senang menguncikan dirinya di dalam bilik. Semenjak semalam dia lebih senang membisu, tubuhnya lesu, otaknya buntu, hatinya pilu. Dan, dari semalam juga perutnya sebu, sebutir nasi pun tidak lalu, seteguk air juga tidak diperlu. Pasti ibunya bimbang tapi…
'Iman… be my wife?' 
'Iman… be my wife?'
'Iman… be my wife?'
'Iman… be my wife?'
'Iman… be my wife?'
Hanya sebaris ayat... (more)</description>
BPB_45 :: SUDAH GAHARU CENDANA PULA ::
      <description>Iman membuang pandang ke sisi, tubuh Ismail ditolak menjauh, hatinya tidak keruan tatkala wajahnya masih menjadi ratapan sepasang mata hitam milik lelaki itu.  Sudahlah seketika tadi nafasnya sesak akibat dipeluk kejap oleh lelaki itu. Dan kini, tangan Ismail pula kembali mencengkam kuat pergelangan tangannya, sedikit pun tidak mahu dirungkaikan. Iman sudah berusaha, merentap dan meronta, cuma belum menggigit saja! Tangannya sudah pun merasakan kesakitannya namun, sedikit pun tidak diendahkan oleh Ismail. Lelaki itu lebih rela membekukan diri, membisukan mulutnya. Hanya matanya yang memainkan... (more)</description>
BPB_44 :: TULUS KATA HATI ::
      <description>Ismail sudah menjangkakan semuanya ini akan terjadi. Dia sudah bersedia menerima kemarahan gadis itu semenjak dia mula merencanakan segala rancangan untuk mendekati gadis itu. Peristiwa di KL juga mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati. Ismail sengaja bertindak mendiamkan diri, seminggu dia mengatur rancangan sebijaknya. Fikirnya, dia ingin menerangkan segalanya sewaktu ingin menjemput Iman tapi, ternyata nasib tidak menyebelahi dirinya. Iman rupanya sudah pergi bersama-sama Sufi dan Fahmi.
Dan kini, sekali lagi apa yang dirancang berantakan. Dia sudah memujuk, memohon maaf juga... (more)</description>
BPB_43 :: AKU YANG TERTIPU ::
      <description>Iman mengenakan sepasang kurung berwarna hitam bercorak abstrak  berwarna merah jambu, wajahnya di solek nipis, rambut ikal potongan layered di biarkan terurai bebas. Dua ekor kelip berbentuk rama-rama menghiasi rambutnya. Penampilannya nampak begitu ceria sebagaimana layaknya majlis yang sedang berlangsung di sekelilingnya ketika ini. Ya, dia nampak gembira di mata para tetamu majlis hari ulang tahun Amira. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman pada bibir yang melemparkan senyuman, wajahnya memancar ceria pada mata yang memandang. Namun, semua itu hanyalah lakonan semata. Ah, betapa... (more)</description>
BPB_42 :: IRIS ::
      <description>Pn. Dewi Fauziah mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Suaminya, Tn. Ibrahim sedang menonton berita, langsung tidak menghiraukan isterinya yang tidak tahu duduk diam itu. Dia mengantuk sebenarnya tapi, dek kerana dipaksa oleh isterinya untuk sama-sama menunggu kepulangan Ismail lalu, dia sedari tadi duduk termagu di sofa itu. Tn. Ibrahim sudah lali dengan perangai isterinya yang sememangnya begitu. Apa saja yang berkaitan dengan Ismail Syafiq, anak bujang tunggal mereka akan membuatkan isterinya itu bagaikan cacing kepanasan. 
"Ya Allah, Abang… awak ni tak risau ke? Tengok sudah pukul... (more)</description>
BPB_41 :: SELAMAT TINGGAL SAYANG ::
      <description>Ismail memandu tenang, Iman di sebelah menarik muka tegang. Iman lebih rela kedua-dua biji matanya memandang ke luar tingkap sepenuhnya daripada membenarkan ekor matanya melirik ke arah lelaki yang telah menyakitkan hatinya sebentar tadi. Iman malu diperlakukan seperti anak kecil oleh Ismail. Dia seolah-olah anak liar yang kabur dari pengawasan ibubapa oleh berpuluh pasang mata yang memandang di perhentian bas DBP. Ismail mengheret, memaksanya, menghenyak tubuhnya ke dalam kereta. Iman membantah, Ismail memaksa malah lebih teruk lagi, lelaki itu bertindak mencempung tubuhnya!
"Iman,... (more)</description>